Apa
itu Puasa?
Puasa
secara
bahasa adalah menahan diri dari sesuatu. Sedangkan secara terminologi, adalah
menahan diri pada siang hari dari berbuka dengan disertai niat berpuasa bagi
orang yang telah diwajibkan sejak terbit fajar hingga terbenam matahari.
Hukum
Puasa
Hukum
puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
ü Wajib – Puasa pada bulan
Ramadhan.
ü Sunat – Puasa pada
hari-hari tertentu.
ü Haram – Puasa pada
hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat
Wajib Puasa:
ü Beragama Islam
ü Baligh (telah mencapai
umur dewasa)
ü Berakal
ü Berupaya untuk
mengerjakannya.
ü Sihat
ü Tidak musafir
Rukun
Puasa
ü Niat mengerjakan puasa
pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak
berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya
matahari sehingga terbit fajar.
ü Meninggalkan sesuatu
yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Syarat
Sah Puasa
ü Beragama Islam
ü Berakal
ü Tidak dalam haid, nifas
dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
ü Hari yang sah berpuasa.
Sunat
Berpuasa
ü Bersahur walaupun
sedikit makanan atau minuman
ü Melambatkan bersahur
ü Meninggalkan perkataan
atau perbuatan keji
ü Segera berbuka setelah
masuknya waktu berbuka
ü Mendahulukan berbuka
daripada sembahyang Maghrib
ü Berbuka dengan buah
tamar, jika tidak ada dengan air
ü Membaca doa berbuka
puasa
Perkara
Makruh Ketika Berpuasa
ü Selalu berkumur-kumur
ü Merasa makanan dengan
lidah
ü Berbekam kecuali perlu
ü Mengulum sesuatu
Hal
yang membatalkan Puasa
ü Memasukkan sesuatu ke
dalam rongga badan
ü Muntah dengan sengaja
ü Bersetubuh atau
mengeluarkan mani dengan sengaja
ü kedatangan haid atau
nifas
ü Melahirkan anak atau
keguguran
ü Gila walaupun sekejap
ü Mabuk ataupun pengsan
sepanjang hari
ü Murtad atau keluar
daripada agama Islam
Hari
yang Disunatkan Berpuasa
ü Hari Senin dan Kamis
ü Hari putih (setiap 13,
14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
ü Hari Arafah (9
Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
ü Enam hari dalam bulan
Syawal
Hari
yang diharamkan Berpuasa
ü Hari raya Idul Fitri (1
Syawal)
ü Hari raya Idul Adha (10
Zulhijjah)
ü Hari syak (29 Syaaban)
ü Hari Tasrik (11, 12, dan
13 Zulhijjah)
Puasa
mempunyai banyak faedah bagi ruhani dan jasmani kita, antara lain:
1.
Puasa adalah bentuk ketaatan dan
ketaqwaan orang beriman. Orang yang berpuasa juga dijauhkan dari azab pedih
serta dihapuskan seluruh dosa-dosa yang terdahulu. Sebagaimana yang terdapat
pada surat Al-Baqarah: 183, yang berbunyi ;"Hai orang-orang yang beriman
diwajibkan bagi kamu untuk berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu,
supaya kamu bertakwa".
2.
Sarana untuk melatih diri dalam mengatasi
berbagai masalah seperti jihad nafsi, melawan godaan setan, bersabar atas musibah
yang menimpa, menahan diri dari gemerlapnya surge duniawi dan mengarahkan pola
kecerdasan lebih tajam. Lukman berwasiat kepada anaknya :"Wahai anakku,
apabila lambung penuh, otak akan diam maka seluruh anggota badan akan malas
beribadah".
3.
Menumbuhkan rasa persaudaraan serta
menimbulkan perasaan untuk saling menolong antar sesama. Saling membahu dalam
menghadapi rasa lapar, dahaga dan sakit. Disamping itu mengistirahatkan lambung
agar terlepas dari bahaya penyakit menular misalnya. Rasulullah Saw bersabda,
"Berpuasalah kamu supaya sehat".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar